Assalamualaikum wbt,
Kepada Juruteknik Komputer / Guru Penyelaras ICT PKG 08 Alor Gajah
Mohon kerjasama dan jasa baik tuan / puan untuk mengemaskini data berkenaan speedtest tahun 2014 yang tuan/puan telah laksanakan bagi sekolah masing- masing.Kepada Juruteknik Kontrak PSH,diminta untuk mengisi pada minggu pertama tuan / puan melapor diri ke sekolah.
Dibawah ini adalah pautan kepada pengkalan data tersebut.
Kerjasama tuan/puan amat dihargai.Sekian Terima Kasih
*Mohon kerjasama tuan/puan jangan mengubah bentuk format serta mencuri data sekolah lain.Kerjasama tuan/puan amat dihargai.Sekian,Terima Kasih
PAUTAN : SPEEDTEST
Thursday, January 08, 2015
Friday, February 14, 2014
SELAMAT SEJAHTERA KEPADA SEMUA PENGGUNA SISTEM PENGURUSAN SEKOLAH (SPS) KPM
MAKLUMAN PENTING
BAGI TUJUAN MEMBANTU PIHAK SEKOLAH MENGURUS SPS
TARIKH KEMASUKAN DATA ASAS SPS DILANJUTKAN KE KHAMIS, 20/02/2014
HARAP MAKLUM
MAKLUMAN TAMBAHAN KEPADA PENGGUNA SPS DAN SEKOLAH
PENGISIAN MAKLUMAT GURU DAN MURID HANYA MELIBATKAN MEDAN DENGAN TANDA * SAHAJA
PENGISIAN MEDAN DAN MAKLUMAT LAIN ADALAH TIDAK DIPERLUKAN
Thursday, January 16, 2014
Aduan Kerosakan Peralatan ICT Sekolah KPM 2014
Takrifan Peralatan ICT adalah peralatan elektronik yang memerlukan sambungan ke komputer untuk berfungsi dan tidak boleh berfungsi dengan sendiri tanpa bantuan atau sokongan komputer
Peralatan ICT sekolah yang layak disenggara adalah :
1. Peralatan yang telah didaftarkan sebagai aset kerajaan dan mempunyai nombor siri Daftar Harta Modal.
2. Peralatan yang telah tamat tempoh jaminan (warranty).
3. Peralatan yang tidak dikategorikan sebagai Beyond Economic Repair - BER.
4. Peralatan yang belum mendapat Sijil Hapus Kira atau Sijil Pelupusan.
Klik untuk link borang :-

Friday, September 13, 2013
ANALISA TERKINI SSQS 2013
Salam sejahtera,
Tuan/Puan,
Tahniah kepada sekolah ahli yang telah melengkapkan 100% penarafan SSQS.2013.
Setakat hari ini senarai responden yang telah melengkapkan penarafan tersebut adalah seperti di bawah:
Jumlah sekolah = 25 buah, Jumlah responden setiap sekolah = 62
1. Pentadbir = 7
2. GPM = 8
3. Guru = 216
4. Murid = 167
Jumlah = 398
Harap maklum. Terima kasih.
Thursday, September 12, 2013
Kajian Penggunaan Bahan Digital Di Sekolah
Assalamuaikum wbt dan salam sejahtera,
Sukacita dimaklumkan dalam Mesyuarat JawatanKuasa Induk Memartabatkan Bahasa Malaysia Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI) Bil.1/2013 bertarikh 6 Jun 2013 yang telah dipengerusikan YAB Timbalan Perdana Menteri, merujuk minit mesyuarat perkara 4.3.5(c) telah mengarahkan Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP) menjalankan Kajian Penggunaan Bahan Digital di Sekolah yang menghadapi masalah bekalan elektrik dan capaian internet.
2. Kajian ini bertujuan untuk mendapatkan pandangan guru dan murid terhadap keberkesanan penggunaan bahan digital. Hasil maklum balas daripada kajian ini akan dijadikan panduan untuk penambahbaikan pembangunan bahan digital.
3. Sehubungan dengan itu, kajian ini akan dijalankan ke seluruh negara bermula 11 hingga 27 September 2013 secara atas talian dan soal selidik bagi kajian ini boleh dilayari di Portal BTP melalui url https://www.moe.edu.my/btp/
Mohon kerjasama semua guru dan pelajar ekolah mengisi borang soal selidik ini.
Sekian, terima kasih.

Subscribe to:
Posts (Atom)