Thursday, September 12, 2013

Kajian Penggunaan Bahan Digital Di Sekolah

Assalamuaikum wbt dan salam sejahtera,

Sukacita dimaklumkan dalam Mesyuarat JawatanKuasa Induk Memartabatkan Bahasa Malaysia Memperkukuh  Bahasa  Inggeris (MBMMBI) Bil.1/2013 bertarikh 6 Jun 2013 yang telah dipengerusikan YAB Timbalan Perdana Menteri, merujuk minit mesyuarat perkara 4.3.5(c) telah mengarahkan Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP) menjalankan Kajian Penggunaan Bahan Digital di Sekolah yang menghadapi masalah bekalan elektrik dan capaian internet. 

2. Kajian ini bertujuan untuk mendapatkan pandangan guru dan murid terhadap keberkesanan penggunaan bahan digital. Hasil maklum balas daripada kajian ini akan dijadikan panduan untuk penambahbaikan pembangunan bahan digital.

3. Sehubungan dengan itu, kajian ini akan dijalankan ke seluruh negara bermula 11 hingga 27 September 2013 secara atas talian dan soal selidik bagi kajian ini boleh dilayari di Portal BTP melalui url https://www.moe.edu.my/btp/

Mohon kerjasama semua guru dan pelajar ekolah mengisi borang soal selidik ini.

Sekian, terima kasih.