Wednesday, August 29, 2012

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

TAHNIAH kepada sekolah-sekolah yang telah menyiapkan pengisian SSQS 2012 dengan jayanya 100%.

PERHATIAN  kepada sekolah-sekolah yang belum mengambil tindakan terhadap pengisian SSQS 2012, sila mengambil tindakan dengan kadar SEGERA, untuk mengelakkan dari berlaku perkara yang tidak diingini (talian slow dan lain-lain lagi).


Thursday, August 16, 2012

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI


Thursday, August 02, 2012


TARIKH PENARAFAN SSQS 2012
Zon Sabah/ Sarawak / Wilayah Persekutuan Labuan/ Zon Utara 
Mula : 16 Julai 2012                Tamat : 17  Ogos 2012

Zon Tengah / Selatan/  Timur
Mula : 1 Ogos 2012              Tamat : 9  September 2012

Tuesday, July 10, 2012

ANALISA PERBEZAAN STAR RATING SSQS 
TAHUN 2009, 2010 DAN 2011 SEKOLAH AHLI


Monday, May 07, 2012

LAPORAN STATUS NILAM JAUHARI DAN RAKAN PEMBACA
 
Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia,


Sukacita dimaklumkan bahawa BTPN Melaka sedang mengumpul data Laporan Status Pelaksanaan Program NILAM Tahap Jauhari dan Rakan Pembaca Rendah dan Rakan Pembaca Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah Negeri Melaka sehingga 30 April 2012 untuk dianalisa melalui Pusat Kegiatan Guru (08) Alor Gajah.


Sehubungan dengan dengan itu, pihak tuan/puan perlu melengkapkan borang berkenaan dan menghantar kepada pihak kami dalam bentuk soft copy dan hard copy sebelum 15 Mei 2012


Segala kerjasama dan komitmen yang tuan/puan berikan amatlah dihargai. Sekian, terima kasih.

Tuesday, April 03, 2012

Sistem Terantula iQ-PSS 

Assalamualaikum,
Salam 1 Malaysia,

TAHNIAH kepada GPM SK Durian Tunggal kerana telah membuat penafaran kendiri iQ-PSS dengan lengkap. Kepada sekolah - sekolah yang belum melengkapkan penarafan kendiri, sila lengkapkan.

Perhatian
Sehubungan dengan itu, mohon pihak tuan jangan menukar katalaluan iQ-PSS. Kepada sekolah yang menukarkan katalaluan sila kembali ke katalaluan asal.

Link iQ-PSS

Monday, March 05, 2012

PENGUMPULAN MAKLUMAT INISIATIF ICT SEKOLAH 
        KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA


Assalamualaikum,
Salam 1 Malaysia,

Sehubungan dengan ini, mohon perhatian, kerjasama dan tindakan tuan dan puan untuk mengisi Borang Maklumat Inisiatif ICT Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia 2012.

  
- Muat turun borang  http://www.mediafire.com/?t1br2efnzvr949v

*Sila lengkapkan Borang Maklumat Inisiatif ICT dan satu set salinan Hardcopy dan Softcopy hendaklah dihantar ke PKG sebelum  09 Mac 2012

Tuesday, February 14, 2012

Sistem Tarantula iQ-PSS dan i-NILAM

Dimaklumkan berkuatkuasa 1-Jan-2012, Pihak Pengurusan BIOS ONE SDN BHD telah memutuskan penggunaan dan capaian Sistem iQ-PSS dan i-NILAM tidak akan disekat dan beroperasi seperti biasa selagi ianya memberi manafaat kepada sekolah, PKG dan BTPN.
Komitmen kami, Sistem Tarantula sentiasa beroperasi 24x7 dengan khidmat sokongan 24jam.
Terima kasih atas sokongan anda semua.

iQ-PSS 2012


Penarafan Pusat Sumber 2012 telah dibuka mulai 1-Feb-2012. GPM dan PTP PKG sila ambil tindakan.


Makluman i-NILAM 2012.


LANGKAH PERTAMA, anda mesti sediakan senarai kelas 2012 dengan klik ikon '[1]Penetapan/Senarai Kelas 2012.
Pastikan senarai kelas 2012 anda adalah TEPAT dan LENGKAP sebelum anda membuat proses naik kelas.

Wednesday, February 01, 2012

Support Ticketing System


Untuk pengetahuan sekolah ahli PKG (08) ALOR GAJAH , penyelenggaraan kerosakan peralatan ICT telah berjalan seperti biasa . Bagi guru ICT/GPB atau Juruteknik Komputer (FT), boleh membuat aduan kerosakan peralatan ICT pada Support Ticketing System (STS) seperti biasa. Sila pastikan tiket aduan yang lengkap di isi dengan mengikut format seperti dibawah:

Nama Pelapor
Jawatan Pelapor
No Telefon Bimbit
Jenis Peralatan
Jenama / Model
No. Siri Peralatan
No. Daftar Harta Modal (No. DHM)
Lokasi Peralatan
Masalah Kerosakan (huraikan)
Troubleshoot yang telah dibuat

Friday, January 20, 2012

PEMANTAUAN KESEDIAAN INISIATIF ICT KPM SEKOLAH-SEKOLAH NEGERI MELAKA 2012 PDF Cetak Emel

BTPN/PKG Melaka akan menjalankan pengauditan dan pemantauan ke sekolah-sekolah yang terlibat dengan :
 1. Projek Makmal Bahasa MBMMBI
 2. Perolehan/Penggantian Peralatan ICT Makmal Komputer HP MultiSeat
 Senarai sekolah...

Panduan Kepada Sekolah

1. Muat turun dan cetak bahan berikut dari e-mel sekolah atau portal BTPN (http://btpnmel.moe.edu.my/portal)
 1.1               Senarai Sekolah
    (jika sekolah tuan/puan tersenarai, muat turun bahan berkenaan seterusnya)

                atau

2.GPB / GPICT dikehendaki menjawab dan melengkapkan instrumen tersebut serta mendapatkan pengesahan Pengetua/Guru Besar.

3.Buatkan salinan instrumen yang telah lengkap untuk simpanan sekolah.

4.Serahkan salinan asal kedua-dua instrumen kepada Pegawai 
Pemantau yang akan hadir ke sekolah tuan/puan pada tarikh yang telah ditetapkan seperti dalam senarai.

5.Hubungi Pusat Kegiatan Guru berdekatan untuk maklumat lanjut.

Tuesday, January 10, 2012

PELAKSANAAN PROJEK PERKHIDMATAN RANGKAIAN 1BESTARINET

Dengan segala hormatnya saya telah diarahkan untuk merujuk kepada perkara di atas.

1. Sebagaiman pihak Tuan/Puan sedia maklum, Kementerian Pelajaran Malaysia telah melantik Syarikat YTL Communication Sdn.Bhd  untuk melaksanakan projek peningkatan perkhidmatan rangkaian 1BestariNet yang merangkumi pemasangan infrastruktur rangkaian internet dan juga aplikasi Virtual Learning Environment (VLE) meliputi 10,000 sekolah di seluruh negara.

2. Pelaksanaan projek ini akan mengambil masa 1 tahun 3 bulan yang akan dilaksanakan secara berfasa mulai daripada 7 Dis 2011 hingga 7 Mac 2013. Fasa pertama pelaksanaan projek ini akan melibatkan pemasangan infra rangkaian (WAN dan LAN) di 590 sekolah di negeri Selangor, Kual Lumpur, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor. Senarai sekolah Negeri Melaka di bawah PKG (08) Alor Gajah yang terlibat untuk fasa pertama adalah seperti berikut :-

1) MBD0063             SJK(T) Rumbia
2) MBA0034             SK Rumbia
3) MBB0042             SK Alor Gajah 1
4) MEE0075             SMK Dato' Dol Said