PENGENALAN
Perancangan penubuhan Pusat Kegiatan Guru telah dibuat oleh Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia. Pusat ini pada mulanya dikenali dengan nama Pusat Sumber Pendidikan Daerah (PSPD). Ia bermula pada awal tahun 1986 dengan pembekalan peralatan secara berperingkat bagi menghasilkan bahan pengajaran dan pembelajaran serta memberikan perkhidmatan kepada guru-guru di sekolah yang terlibat.
Berdasarkan kepada konsep, objektif dan fungsi yang dijalankan oleh pusat ini, Perancangan Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia dalam sidangnya pada 26 Julai 1990 telah bersetuju supaya nama Pusat Sumber Pendidikan Daerah ditukar kepada nama Pusat Kegiatan Guru (PKG). Oleh itu PKG adalah sebuah pusat yang berperanan sebagai Pusat Kegiatan Profesional guru.
PIAGAM PELANGGAN
Kami warga Pusat Kegiatan Guru dengan penuh tekad dan iltizam, berjanji menyempurnakan tugas yang dipertanggungjawabkan kepada kami untuk :
VISI
MISI
Matlamat
Selaras dengan konsep penubuhannya, matlamat PKG adalah untuk meningkatkan mutu pendidikan di sekolah-sekolah melalui peningkatan taraf profesionalisme guru-guru berdasarkan kepada penghayatan Falsafah Pendidikan Negara.