Friday, September 13, 2013

ANALISA TERKINI SSQS 2013

Salam sejahtera,

Tuan/Puan,

Tahniah kepada sekolah ahli yang telah melengkapkan 100% penarafan SSQS.2013.

Setakat hari ini senarai responden yang telah melengkapkan penarafan tersebut adalah seperti di bawah:

Jumlah sekolah = 25  buah, Jumlah responden setiap sekolah = 62

1. Pentadbir  =     7
2. GPM        =     8
3. Guru         = 216
4. Murid       = 167

         Jumlah = 398

Harap maklum. Terima kasih.


Thursday, September 12, 2013

Kajian Penggunaan Bahan Digital Di Sekolah

Assalamuaikum wbt dan salam sejahtera,

Sukacita dimaklumkan dalam Mesyuarat JawatanKuasa Induk Memartabatkan Bahasa Malaysia Memperkukuh  Bahasa  Inggeris (MBMMBI) Bil.1/2013 bertarikh 6 Jun 2013 yang telah dipengerusikan YAB Timbalan Perdana Menteri, merujuk minit mesyuarat perkara 4.3.5(c) telah mengarahkan Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP) menjalankan Kajian Penggunaan Bahan Digital di Sekolah yang menghadapi masalah bekalan elektrik dan capaian internet. 

2. Kajian ini bertujuan untuk mendapatkan pandangan guru dan murid terhadap keberkesanan penggunaan bahan digital. Hasil maklum balas daripada kajian ini akan dijadikan panduan untuk penambahbaikan pembangunan bahan digital.

3. Sehubungan dengan itu, kajian ini akan dijalankan ke seluruh negara bermula 11 hingga 27 September 2013 secara atas talian dan soal selidik bagi kajian ini boleh dilayari di Portal BTP melalui url https://www.moe.edu.my/btp/

Mohon kerjasama semua guru dan pelajar ekolah mengisi borang soal selidik ini.

Sekian, terima kasih.

Status Pemasangan 1BestariNet di Sekolah

Salam Sejahtera Tuan/Puan,

Perkara di atas dirujuk..

2.  Untuk makluman tuan/puan, sila pastikan segala aduan 1BestariNet yang dilaporkan mesti mempunyai nombor log masalah/ trouble ticket no supaya tindakan selanjutnya dapat diambil oleh PMO dan YTLC. 

3. Bagi mengatasi isu tidak dapat no. log atau trouble ticket nombor berkenaan isu 1BestariNet dipohon kerjasama pihak  sekolah boleh membuat aduan melalui
portal https://1bnselfcare.yes.my Dari situ, pihak sekolah akan dapat no. log/ trouble tiket no. selepas masukkan aduan dalam portal tersebut. Sekiranya pihak sekolah lupa ID dan password untuk portal tersebut, boleh hubungi Meja Bantuan 1BestariNet- 018-7998787 atau moesupport@ytlcomms.my untuk mendapatkan ID dan password.  Pastikan no.log/trouble ticket number perlu direkod dalam buku log sekolah dan maklum kepada PKG untuk dipantau sehingga masalah tersebut selesai. 

4. Manakala bagi jadual pemasangan 1BestariNet, sila hubungi bahagian pemasangan 1Bestarinet di talian 018-799 8771 atau emel moe.install@ytlcomms.my untuk pertanyaan mengenai status/jadual pemasangan 1BestariNet.

Kerjasama dan sokongan pihak tuan/puan dalam perkara ini amat dihargai.

Sekian, terima kasih.

Thursday, September 05, 2013

PENANGGUHAN LATIHAN SPS KEPADA GPK 1 DAN ADMIN SEKOLAH

Salam 1Malaysia.

Berikutan permasalahan yang timbul sepanjang bengkel SPS sehingga pagi ini, dimaklumkan bahawa jadual untuk sessi petang ini ditangguhkan buat sementara sehingga ke satu tarikh yang akan diberitahu kemudian.

Tuan/ puan juga diminta untuk menghantar laporan permasalahan yang tuan/puan hadapi dengan kadar segera untuk seterusnya dilaporkan kepada pihak helpdesk.

Kerjasama tuan/puan didahului dengan jutaan terima kasih.

Sekian. Harap maklum.

Sistem Pengurusan Sekolah (SPS)

Assalamualaikum & Salam 1Malaysia,

Adalah saya dimaklumkan bahawa capaian ke Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) di URL https://sps.1bestarinet.net/SPS/cms/login.jsptergendala buat sementara waktu kerana kerja-kerja penyenggaraan pelayan di pusat data dan pemindahan server. capaian terganggu pada tarikh berikut:

Tarikh : 04 September 2013 (Rabu)
Waktu: 1.00 petang - 7.00 malam

Namun setelah dicuba log masuk pada sebelah malam 04hb dan sebelah pagi 05hb...nampaknya sudah berfungsi seperti sedia kala.

Waktu : 9.00 mlm (04/09/13 sehingga 9.00 pg (05/09/13) setakat ini.

Harap maklum.