Friday, June 28, 2013

UJIAN CAPAIAN INTERNET

Sila klik link untuk akses maklumat. Semua JTK adalah bertanggungjawab mengisi data tersebut bagi setiap sekolah masing-masing. Kutipan adalah dari 1-5 Julai 2013. Ketua PKG sila pastikan kutipan adalah mengikut masa yang telah ditentukan. 
Sila gunakan link ' http://www.yes.my/v3/speed-test.do ' untuk ujian.
Terima kasih.

UJIAN CAPAIAN INTERNET (SPEEDTEST) BAGI SEKOLAH YANG TELAH DIPASANG 1BESTARINET - MELAKA Untitled spreadsheet

Wednesday, June 26, 2013

DUNIA VLE

Selamat Datang ke Dunia VLE

Pembestarian Sekolah

Monday, June 24, 2013

Perkongsian : eGL HRMIS - Hospital dan Klinik Kerajaan

SENARAI HOSPITAL KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA (KKM) YANG TELAH MELAKSANAKAN KEMUDAHAN eGL

Assalamualaikum dan salam sejahtera, 

Dilampirkan senarai hospital dan klinik yang melaksanakan eGL HRMIS. Bagi pengguna HRMIS, kemudahan eGL bagi kakitangan kerajaan untuk mendapatkan rawatan tanpa memerlukan borang atau surat GL di hospital atau klinik - klinik kerajaan. Cuma perlu menyatakan nombor kad pengenalan sahaja. Pastikan data peribadi (diri dan keluarga) dan profil perkhidmatan di dalam sistem HRMIS telah dikemaskini.

Sekian, terima kasih.

PERATUS PENGEMASKINIAN REKOD PERIBADI & PROFIL PERKHIDMATAN BAGI BAHAGIAN-BAHAGIAN DI KPM

Status Data Sehingga 31 hb.Mei 2013

Pelaksanaan Penggunaan Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) KPM

Assalamualaikum dan Selamt Sejahtera.

Adalah dimaklumkan bahawa,seperti yang dinyatakan dalam sesi-sesi penerangan dan edaran-edaran, tempoh perancangan bagi pelaksanaan SPS (Jan-Jun 2013)dan mulai 1 Julai 2013 semua sekolah yang mempunyai capaian inbternet akan mula menggunakan SPS KPM. Sebagai persediaan akhir kepada penggunaan, perkara-perkara berikut adalah untuk makluman dan tindakan semua pihak BTP dan rangkaian.

1. Mulai 1 Julai semua sekolah akan membuat panggilan kepada talian bebas tol 1-800 yang akan dimaklumkan ke semua sekolah dan BTP serta rangkaiannya sebelum 1 Julai 2013.
2. Bagi tujaun memudahkan pengguna dan mengurangkan kesan ralat yang mungkin dilakukan pengguna, tahun aktif persekolahan bagi semua sekolah KPM akan dilaksanakan di peringkat pusat. Sekolah tidak lagi perlu melaksanakan langkah Selenggara Tahun Aktif Persekolahan kerana tahun aktif 2013 adalah ditetapkan berasaskan kesesuaian pilihan A atau B.
3. Semua sekolah boleh mencapai SPS di alamat https://sps.1bestarinet.net/SPS dengan maklumat LOG MASUK KALI PERTAMA seperti berikut:
   username: admin.kodsekolah dan password: admin
4. Pentadbir sistem akan diminta MEMASUKKAN PASSWORD BARU UNTUK MENGAKTIFKAN SISTEM.
5. SEBAGAI SATU PROSEDUR KESELAMATAN, pentadbir SPS sekolah adalah diarah supaya di peringkat awal pelaksanaan, menggunakan no kad pengenalan sebagai kata laluan, sehingga satu tempoh penukaran yang akan dimaklumkan kemudian. Sekiranya kata laluan yang lain digunakan, satu salinan kata laluan perlulah direkodkan, dimasukkan dalam sampul surat rasmi, dilabel dan ditutup kemas sebelum diserahkan kepada pentadbir sekolah untuk disimpan dalam peti besi untuk tujuan keselamatan.
6. Pentadbir sistem serta pengguna SPS adalah DILARANG MEMBERI/MEMAKLUMKAN MAKLUMAT LOG MASUK SPS kepada mana-mana pegawai PKG, PPD, BTPN, JPN dan BTP atau mana-mana pegawai KPM bagi memastikan integreti sistem serta maklumat di dalamnya. Semua log masuk adalah dilog dan dirakam di peringkat pusat.
7. Mohon dimaklumkan, mulai 1 Juali 2013, SPS adalah beroperasi sepenuhnya secara rasmi dan tidak boleh digunakan untuk tujuan mencuba, menuji sistem atau untuk tujuan latihan. Bagi tujuan ujian atau latihan, url SKBTP telah disediakan serta versi off-line SPS untuk dipasang dalam komputer individu telah diedarkan kepada semua melalui hantaran e-mel.
8. Dashboard pemantauan SPS akan diserahkan kepada semua pihak berkepentingan pada 1 Julai 2013.   

BTP dalam usaha melaksanakan inisiatif PPPM 43C - Sistem Pengurusan Sekolah telah menetapkan KPI berikut:
1. Aplikasi SPS sedia digunakan semua sekolah menjelang 30 Jun 2013
2. Aplikasi SPS mula digunakan secara rasmi semua sekolah KPM mulai 1 Julai 2013.
3. Pembangunan middleware akan berlula pada 1 Julai 2013
4. Middleware siap dibangunkan dan diuji kegunaannya mulai 1 Oktober 2013
5. Data sekolah (EMIS), data staf (EMIS/SMG) dan data murid (APDM/SMM) dapat dikutip dari SPS pada 31 Disember 2013.

Pelaksanaan SPS juga merupakan kunci kejayaan inisiatif PPPM 43A - Pengintegrasian Satu Data KPM yang diterajui pihak BPPDP (EPRD)

Makluman rasmi berhubung perkara di atas akan dibuat dalam masa terdekat.

Wassalam dan terima kasih.

Thursday, June 13, 2013

BENGKEL KERJA PENINGKATAN PENGGUNAAN VLE & SPS SEKOLAH PENANDA ARAS ZON SELATAN (MELAKA. NEGERI SEMBILAN DAN JOHOR)

Senarai Sekolah Zon Selatan (Fasa 1) diadakan seperti ketentuan berikut:        

   Tarikh   : 11-13 Jun 2013 
   Tempat  : A' Famosa Beach Resort, Alor Gajah, Melaka

Sekolah Melaka yang terlibat:
1. MEE2141 SM SAINS MUZAFFAR SHAH
2. MEE0075 SMK  DATO' DOL SAID
3. MEA0075 SMK NANING
4. MEA1060 SMK ISKANDAR SHAH

Senarai Sekolah Zon Selatan (Fasa 2) diadakan seperti ketentuan berikut:

  Tarikh   : 23-25 Jun 2013
  Tempat : Hotel Naza Talyya, Bandar Melaka, Melaka

Sekolah Melaka yang terlibat:

1. MBA0023 SK PULAU SEBANG
2. MBA1029 SK SERKAM DARAT
3. MBA2012 SK DATO DEMANG HUSSIN
4. MBA2029 SK CHENG MELAKA
5. MBC0054 SJK(C) TABOH NANING
6. MBD1052 SJK(T) JASIN

PELAN TINDAKAN PELAKSANAAN PENGURUSAN SEKOLAH (SPS) SEKOLAH BESTARI


Klik di sini untuk Borang PELAN TINDAKAN PELAKSANAAN SPS

Kerjasama peserta Sekolah Bestari Luar Bandar menyediakan pelan tindakan penggunaan SPS di sekolah dengan menggunakan template di pautan di atas, sebaik sahaja Latihan atau bengkel telah dilaksanakan di peringkat sekolah.
Tatacara pengisian:-
  1. Klik File > Download As > Microsoft Word (.docx) - Borang akan dimuat turun.
  2. Masukkan nama dan kod sekolah di bahagian header.
  3. Lengkapkan bahagian berwarna kuning.
  4. Setelah lengkap, isikan tarikh di bahagian footer.
  5. Simpan (save) dan emel ke pkg_alor_gajah@moe.edu.my
Kerjasama tuan/puan dipohon untuk emel ke pkg_alor_gajah@moe.edu.my pada masa dan tarikh yang akan ditetapkan nanti.
Harap maklum.

SEKOLAH PENANDA ARAS

PENTADBIR DAN GURU BERKONGSI AMALAN TERBAIK

12 Jun 2013, Alor Gajah – Aktiviti bengkel pada hari ini adalah perkongsian amalan terbaik tentang penggunaan VLE dalam kalangan pentadbir dan guru-guru sekolah penanda aras bestari. Para peserta telah dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan yang berbeza bedasarkan peranan masing-masing sebagai pentadbir dan guru penyelaras bestari.
Berpandukan beberapa soalan-soalan penting, setiap kumpulan telah ditugaskan untuk membincangkan dan membuat pembentangan mengenai topik-topik yang secara dasarnya memupuk budaya penggunaan VLE di sekolah. Amalan terbaik yang dibentangkan oleh kumpulan-kumpulan tersebut menyediakan pandangan awal bagaimana budaya pengajaran dan pembelajaran secara maya dapat diterapkan di dalam persekitaran sekolah dan masyarakat.

SPS PERLU PENERIMAAN TERBUKA


12 Jun 2013, Alor Gajah – Pembentangan mengenai Sistem Pengurusan Sekolah telah diberikan oleh Tuan Haji Haliza bin Mohd Adnan, Ketua Penolong Pengarah Sektor Pembangunan Aplikasi Bestari, Bahagian Teknologi Pendidikan. Antara perkara yang disampaikan termasuk pentingnya menyediakan mindset terbuka dalam penerimaan teknologi dalam pendidikan dalam semua aspek bagi melancarkan pembangunan pendidikan negara. Beliau juga menyuarakan pendapat tentang senario teknologi pendidikan tempatan berbanding negara-negara lain.
Bengkel juga telah menjemput Encik A. Rahim bin Othman daripada Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan Dasar Pendidikan untuk memberi taklimat mengenai pengintegrasian data SPS kepada aplikasi-aplikasi KPM sedia ada. Encik A. Rahim juga telah turut membantu dalam memberi penerangan lanjut tentang tentang perancangan pihak kementerian, untuk membantu pihak sekolah membuat persediaan yang sepatutnya.


Wednesday, June 12, 2013

BENGKEL KERJA PENINGKATAN PENGGUNAAN VLE & SPS SEKOLAH PENANDA ARAS ZON SELATAN


Bengkel Kerja Peningkatan Penggunaan VLE & SPS diteruskan dengan kumpulan pentadbir dan guru-guru Sekolah Penanda Aras Pembestarian di Zon Selatan Semenanjung Malaysia, merangkumi Negeri Sembilan, Melaka, dan Johor.
Bengkel akan diadakan bermula 11 Jun sehingga 13 Jun untuk kohort 1 dan 23 Jun hingga 25 Jun bagi kohort 2, semuanya melibatkan guru-guru penolong kanan atau ketua-ketua bidang/panitia dan guru-guru penyelaras bestari / ICT dari sekolah-sekolah penanda aras bestari.
Antara aktiviti yang bakal dijalankan termasuk taklimat, dialog, dan aktiviti praktikal dalam penggunaan Sistem Pengurusan Sekolah dan Virtual Learning Environment(VLE).
BENGKEL KERJA PENINGKATAN PENGGUNAAN VLE DAN SPS SEKOLAH PENANDA ARAS ZON SELATAN
11 – 13 Jun 2013  |  A’Famosa Resort Hotel, Alor Gajah23 – 25 Jun 2013  |  Hotel Naza Talyya, Melaka 
Pautan :
  1. Jadual Bengkel
  2. Bahan Bengkel
  3. Borang Pelan Tindakan Pelaksanaan Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) Bestari
  4. Borang Maklumat Peserta  |  Papar Senarai Peserta Yang Telah Muat Naik Maklumat Peribadi
  5. Borang Penilaian Kursus
  6. Trivia Frog VLE
  7. Galeri Foto

Tuesday, June 11, 2013

Status pemasangan 1BestariNet

Salam Sejahtera Tuan/Puan,

Dipanjangkan status pemasangan 1BestariNet di sekolah dan PKG sehingga 5 Jun 2013 daripada PMO untuk makluman dan tindakan pihak tuan/puan.

2. Pihak sekolah sekiranya ada sebarang masalah talian Internet perlu dilaporkan kepada Meja Bantuan ISP ( Contoh: aduan Meja Bantuan 1BestariNet - 018-7998787 / moesupport@ytlcomms.my , TM Helpdesk School Broadband (SBB) 1-800-227722 ) dan mendapatkan nombor log masalah/report no/trouble ticket number untuk direkod dalam buku log dan maklum kepada PKG untuk dipantau sehingga masalah tersebut selesai.

3. Manakala bagi jadual pemasangan 1BestariNet, sila hubungi bahagian pemasangan 1Bestarinet di talian 018-799 8771 atau emel moe.install@ytlcomms.my untuk pertanyaan mengenai status pemasangan.

4. Sebarang kemusykilan boleh emel kepada tisi@moe.edu.my untuk tindakan selanjutnya. Kerjasama dan sokongan pihak tuan/puan dalam perkara ini amat dihargai.

Sekian, terima kasih.

Status Laporan Pemasangan 1Bestarinet

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG) MOD PJJ AMBILAN TAHUN 2013

Program Pensiswazahan Guru (PPG)

Assalamualaikum, Salam Sejahtera, Salam 1Malaysia & Salam 1Bestarinet

Tuan/Puan,

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG) MOD PJJ AMBILAN TAHUN 2013

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

Bersama dengan emel ini dilampirkan butiran yang menerangkan maksud perkara di atas untuk makluman dan perkongsian kita bersama.

Sekian, terima kasih. 


Monday, June 10, 2013

MESYUARAT PENYELARASAN JAWATANKUASA PELAKSANA PERLUASAN PENGGUNAAN SISTEM PENGURUSAN SEKOLAH (SPS) SEKOLAH-SEKOLAH MELAKA 2013

Kepada:
Semua pegawai PKG Melaka

Tarikh   : 12 Jun 2013 (Selasa)
Masa    : 08.30am
Tempat : Bilik Mesyuarat, Tun Kudu BTPN Melaka.