Thursday, November 03, 2011

PELANTIKAN KETUA PENOLONG PENGARAH BTPN MELAKA


TUAN HAJI AMIR BIN BASAR 
telah dilantik sebagai
Ketua Penolong Pengarah BTPN MELAKA mulai 16 Oktober 2011.

Warga kerja BTPN dan PKG Negeri Melaka mengucapkan tahniah dan syabas atas pelantikan beliau dan akan memberikan sokongan dan kerjasama jitu untuk memacu BTPN ke arah kegemilangan.

Wednesday, June 29, 2011

PUSAT KEGIATAN GURU (08) ALOR GAJAH
PENARAFAN SEKOLAH - SSQS 




Wednesday, May 04, 2011

KAJIAN KEBERKESANAN PENGURUSAN PROGRAM NILAM MELALUI SISTEM i-NILAM DALAM KALANGAN GURU PERPUSTAKAAN


NILAM
Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia sedang membuat
satu kajian menyeluruh untuk mendapatkan maklum balas terhadap
keberkesanan pengurusan program ini melalui penggunaan sistem i-NILAM.
Maklum balas daripada GPM / Guru Penyelaras NILAM di sekolah amat penting
dalam membantu usaha untuk menambah baik pengurusan program ini.
Sila klik di sini untuk menjawab.

SISTEM PEMANTAUAN PENGGUNAAN ICT (SPPICTS) TAHUN 2011

Makluman bagi guru GPB/ICT, kutipan data secara online dengan menggunakan Sistem Pemantauan Penggunaan ICT ( SPPICTS ) bagi tahun 2011 akan dilaksanakan sebanyak dua (2) kali seperti berikut :

1. 27 Mac hingga 16 April 2011
2. September hingga 1 Oktober 2011 

Diminta Guru GPB/ICT membuat tindakan segera dalam mengemaskini data SPPICTS yang boleh layari melalui URL : http://ssqs.moe.edu.my atau http://pnp.moe.edu.my hanya pada tarikh seperti diatas. Guru-guru juga diminta mengelak dari mengisi data pada saat-saat akhir agar kesesakkan talian dapat diatasi.

Sunday, March 27, 2011

Bengkel Troubleshooting & Konfigurasi untuk FT sekolah dan PKG Negeri Melaka 2011








 Juruteknik komputer sekolah dan PKG Negeri Melaka telah diberi bengkel troubleshooting dan konfigurasi yang diadakan di PKG Sebatu pada 15 Mac 2011 anjuran BTPN Negeri Melaka.

Saturday, March 26, 2011

TALIAN HELPDESK TM

  1 800 22 7722

    * Mulai 7 Mac 2011, talian bantuan SchoolBroadband TM adalah 1-800-22-7722 .
    * Talian 1060 akan ditamatkan mulai 15 Mac 2011.

Friday, March 04, 2011

PERKHIDMATAN TALIAN INTERNET DI SEKOLAH BAGI TEMPOH INTERIM


memo Untuk tujuan pemantauan ketersediaan (availability) talian internet di sekolah-sekolah seluruh negara bagi tempoh interim Januari 2011 hingga Disember 2011, Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia melalui Memo Antara Bahagian/Jabatan KP(BTP-PENT) 8800/50/1 Jld. 19 (52) bertarikh 7 Februari 2011 memerlukan maklumat berkaitan perkhidmatan internet yang dilanggan oleh sekolah.
Sekolah dikehendaki  memuat turun memo berkenaan dan mengambil tindakan sewajarnya seperti yang dikehendaki.