Thursday, June 13, 2013

SEKOLAH PENANDA ARAS

PENTADBIR DAN GURU BERKONGSI AMALAN TERBAIK

12 Jun 2013, Alor Gajah – Aktiviti bengkel pada hari ini adalah perkongsian amalan terbaik tentang penggunaan VLE dalam kalangan pentadbir dan guru-guru sekolah penanda aras bestari. Para peserta telah dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan yang berbeza bedasarkan peranan masing-masing sebagai pentadbir dan guru penyelaras bestari.
Berpandukan beberapa soalan-soalan penting, setiap kumpulan telah ditugaskan untuk membincangkan dan membuat pembentangan mengenai topik-topik yang secara dasarnya memupuk budaya penggunaan VLE di sekolah. Amalan terbaik yang dibentangkan oleh kumpulan-kumpulan tersebut menyediakan pandangan awal bagaimana budaya pengajaran dan pembelajaran secara maya dapat diterapkan di dalam persekitaran sekolah dan masyarakat.