Tuesday, July 02, 2013

Audit Peralatan ICT sekolah

Assalamualaikum dan Selamat Pagi
Pentadbir dan Juruteknik Komputer Sekolah-Sekolah PKG Alor Gajah (08)

Audit Negara akan ke BTPN Melaka dan ke beberapa buah sekolah yang disenaraikan untuk tujuan audit penyeleggaraan peralatan ICT di sekolah pada 8 Julai 2012.

2. Sehubungan dengan itu, data peralatan ICT sekolah perlulaah dilengkapkan oleh pihak tuan berpandukan lampiran yang disertakan.

3. Data-data tersebut mengikut bilangan sekolah ahli tuan.Masukan semua nama sekolah ahli di bawah seliaan pihak tuan.

4. Semasa mengisi data, sila ambil perhatian perkara-perkara berikut:-

   a) Jumlah komputer desktop sekolah  : lain- lain merujuk kepada lokasi lain seperti bilik-bilik khas iaitu Pusat Sumber, Bilik Boss,Bilik Sains, Pra sekolah, Bilik Ketua Bidang/Panitia, Bilik Peperiksaan, Makmal-makmal lain di SMT/SMV, dan sebagainya.

   b) Bilangan printer, scanner, LCD, switch adalah merujuk  kepada jumlah keseluruhan yang terdapat di sekolah.

   c) Kesemua peralatan ICT adalah peralatan yang telah didaftarkan dalam KEWPA 2 dan milik kerajaaan yang boleh diselengggara.Jika peralatan sumbangan pastikan sudh didaftarkan untuk menjadi aset kerajaan.

5. Data-data lengkap hendaklah dihantar pada atau sebelum 4 JULAI 2013 Jam 12 Tengahari ke PKG Alor Gajah untuk tujuan penyelarasan

6. Kerjasama daripada pihak tuan amatlah diharap-harapkan dan didahului dengan ucapan terima kasih.


Unit Pengurusan ICT,
BTPN Melaka.


Sila lengkapkan borang tersebut seperti pada pautan di bawah:

Borang Audit Peralatan ICT Sekolah