Friday, January 20, 2012

PEMANTAUAN KESEDIAAN INISIATIF ICT KPM SEKOLAH-SEKOLAH NEGERI MELAKA 2012 PDF Cetak Emel

BTPN/PKG Melaka akan menjalankan pengauditan dan pemantauan ke sekolah-sekolah yang terlibat dengan :
 1. Projek Makmal Bahasa MBMMBI
 2. Perolehan/Penggantian Peralatan ICT Makmal Komputer HP MultiSeat
 Senarai sekolah...

Panduan Kepada Sekolah

1. Muat turun dan cetak bahan berikut dari e-mel sekolah atau portal BTPN (http://btpnmel.moe.edu.my/portal)
 1.1               Senarai Sekolah
    (jika sekolah tuan/puan tersenarai, muat turun bahan berkenaan seterusnya)

                atau

2.GPB / GPICT dikehendaki menjawab dan melengkapkan instrumen tersebut serta mendapatkan pengesahan Pengetua/Guru Besar.

3.Buatkan salinan instrumen yang telah lengkap untuk simpanan sekolah.

4.Serahkan salinan asal kedua-dua instrumen kepada Pegawai 
Pemantau yang akan hadir ke sekolah tuan/puan pada tarikh yang telah ditetapkan seperti dalam senarai.

5.Hubungi Pusat Kegiatan Guru berdekatan untuk maklumat lanjut.

Tuesday, January 10, 2012

PELAKSANAAN PROJEK PERKHIDMATAN RANGKAIAN 1BESTARINET

Dengan segala hormatnya saya telah diarahkan untuk merujuk kepada perkara di atas.

1. Sebagaiman pihak Tuan/Puan sedia maklum, Kementerian Pelajaran Malaysia telah melantik Syarikat YTL Communication Sdn.Bhd  untuk melaksanakan projek peningkatan perkhidmatan rangkaian 1BestariNet yang merangkumi pemasangan infrastruktur rangkaian internet dan juga aplikasi Virtual Learning Environment (VLE) meliputi 10,000 sekolah di seluruh negara.

2. Pelaksanaan projek ini akan mengambil masa 1 tahun 3 bulan yang akan dilaksanakan secara berfasa mulai daripada 7 Dis 2011 hingga 7 Mac 2013. Fasa pertama pelaksanaan projek ini akan melibatkan pemasangan infra rangkaian (WAN dan LAN) di 590 sekolah di negeri Selangor, Kual Lumpur, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor. Senarai sekolah Negeri Melaka di bawah PKG (08) Alor Gajah yang terlibat untuk fasa pertama adalah seperti berikut :-

1) MBD0063             SJK(T) Rumbia
2) MBA0034             SK Rumbia
3) MBB0042             SK Alor Gajah 1
4) MEE0075             SMK Dato' Dol Said