Thursday, February 11, 2010

KAMPUS ASTRO BERSAMA KOMUNITI SEKOLAH (KABKS) 


































astro

Di bawah Memorandum Persefahaman Kementerian Pelajaran Malaysia dan Astro  pada 3 November 2008, persetujuan telah dicapai agar  ASTRO  TV membekalkan 11 saluran dalam PAKEJ KAMPUS ASTRO BERSAMA KOMUNITI SEKOLAH iaitu :RTM  1,  RTM   2,   ASTRO   TVIQ,   ASTRO  Ceria,   ASTRO Awani,   Bernama TV, History, Disney, National Geographic, Discovery dan Discovery Science. Pada September 2010, ASTRO telah menambah 2 saluran ke pakej sekolah iaitu ASTRO Xiao Tai Yang dan Animal Planet. ASTRO juga telah menawarkan saluran sementara iaitu Saluran 100-Astro Tutor TV yang bermula 18 Julai hingga 23 September 2010 khusus untuk membantu pelajar UPSR menghadapi peperiksaan. Satu lagu saluran ( ASTRO Arena – Saluran 801 ) ditawarkan kepada pakej sedia ada yang memaparkan sukan tempatan secara langsung, menjadikan kesemuanya 14 saluran tidak termasuk saluran sementara. Sehubungan dengan itu, Pengetua / Guru Besar dipohon untuk memaklumkan kepada Guru Penyelaras TV-ASTRO dan semua guru-guru di sekolah agar dapat memanfaatkan program ini sebaik mungkin.  Sebarang masalah pemasangan, kerosakan, penerimaan isyarat pada set TV ASTRO yang dibekalkan, sila berhubung terus ke Bahagian Perkhidmatan Pelanggan ASTRO di talian :    1-300-82-0001