Thursday, September 12, 2013

Status Pemasangan 1BestariNet di Sekolah

Salam Sejahtera Tuan/Puan,

Perkara di atas dirujuk..

2.  Untuk makluman tuan/puan, sila pastikan segala aduan 1BestariNet yang dilaporkan mesti mempunyai nombor log masalah/ trouble ticket no supaya tindakan selanjutnya dapat diambil oleh PMO dan YTLC. 

3. Bagi mengatasi isu tidak dapat no. log atau trouble ticket nombor berkenaan isu 1BestariNet dipohon kerjasama pihak  sekolah boleh membuat aduan melalui
portal https://1bnselfcare.yes.my Dari situ, pihak sekolah akan dapat no. log/ trouble tiket no. selepas masukkan aduan dalam portal tersebut. Sekiranya pihak sekolah lupa ID dan password untuk portal tersebut, boleh hubungi Meja Bantuan 1BestariNet- 018-7998787 atau moesupport@ytlcomms.my untuk mendapatkan ID dan password.  Pastikan no.log/trouble ticket number perlu direkod dalam buku log sekolah dan maklum kepada PKG untuk dipantau sehingga masalah tersebut selesai. 

4. Manakala bagi jadual pemasangan 1BestariNet, sila hubungi bahagian pemasangan 1Bestarinet di talian 018-799 8771 atau emel moe.install@ytlcomms.my untuk pertanyaan mengenai status/jadual pemasangan 1BestariNet.

Kerjasama dan sokongan pihak tuan/puan dalam perkara ini amat dihargai.

Sekian, terima kasih.