Tuesday, June 11, 2013

Status pemasangan 1BestariNet

Salam Sejahtera Tuan/Puan,

Dipanjangkan status pemasangan 1BestariNet di sekolah dan PKG sehingga 5 Jun 2013 daripada PMO untuk makluman dan tindakan pihak tuan/puan.

2. Pihak sekolah sekiranya ada sebarang masalah talian Internet perlu dilaporkan kepada Meja Bantuan ISP ( Contoh: aduan Meja Bantuan 1BestariNet - 018-7998787 / moesupport@ytlcomms.my , TM Helpdesk School Broadband (SBB) 1-800-227722 ) dan mendapatkan nombor log masalah/report no/trouble ticket number untuk direkod dalam buku log dan maklum kepada PKG untuk dipantau sehingga masalah tersebut selesai.

3. Manakala bagi jadual pemasangan 1BestariNet, sila hubungi bahagian pemasangan 1Bestarinet di talian 018-799 8771 atau emel moe.install@ytlcomms.my untuk pertanyaan mengenai status pemasangan.

4. Sebarang kemusykilan boleh emel kepada tisi@moe.edu.my untuk tindakan selanjutnya. Kerjasama dan sokongan pihak tuan/puan dalam perkara ini amat dihargai.

Sekian, terima kasih.

Status Laporan Pemasangan 1Bestarinet