Monday, June 24, 2013

Pelaksanaan Penggunaan Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) KPM

Assalamualaikum dan Selamt Sejahtera.

Adalah dimaklumkan bahawa,seperti yang dinyatakan dalam sesi-sesi penerangan dan edaran-edaran, tempoh perancangan bagi pelaksanaan SPS (Jan-Jun 2013)dan mulai 1 Julai 2013 semua sekolah yang mempunyai capaian inbternet akan mula menggunakan SPS KPM. Sebagai persediaan akhir kepada penggunaan, perkara-perkara berikut adalah untuk makluman dan tindakan semua pihak BTP dan rangkaian.

1. Mulai 1 Julai semua sekolah akan membuat panggilan kepada talian bebas tol 1-800 yang akan dimaklumkan ke semua sekolah dan BTP serta rangkaiannya sebelum 1 Julai 2013.
2. Bagi tujaun memudahkan pengguna dan mengurangkan kesan ralat yang mungkin dilakukan pengguna, tahun aktif persekolahan bagi semua sekolah KPM akan dilaksanakan di peringkat pusat. Sekolah tidak lagi perlu melaksanakan langkah Selenggara Tahun Aktif Persekolahan kerana tahun aktif 2013 adalah ditetapkan berasaskan kesesuaian pilihan A atau B.
3. Semua sekolah boleh mencapai SPS di alamat https://sps.1bestarinet.net/SPS dengan maklumat LOG MASUK KALI PERTAMA seperti berikut:
   username: admin.kodsekolah dan password: admin
4. Pentadbir sistem akan diminta MEMASUKKAN PASSWORD BARU UNTUK MENGAKTIFKAN SISTEM.
5. SEBAGAI SATU PROSEDUR KESELAMATAN, pentadbir SPS sekolah adalah diarah supaya di peringkat awal pelaksanaan, menggunakan no kad pengenalan sebagai kata laluan, sehingga satu tempoh penukaran yang akan dimaklumkan kemudian. Sekiranya kata laluan yang lain digunakan, satu salinan kata laluan perlulah direkodkan, dimasukkan dalam sampul surat rasmi, dilabel dan ditutup kemas sebelum diserahkan kepada pentadbir sekolah untuk disimpan dalam peti besi untuk tujuan keselamatan.
6. Pentadbir sistem serta pengguna SPS adalah DILARANG MEMBERI/MEMAKLUMKAN MAKLUMAT LOG MASUK SPS kepada mana-mana pegawai PKG, PPD, BTPN, JPN dan BTP atau mana-mana pegawai KPM bagi memastikan integreti sistem serta maklumat di dalamnya. Semua log masuk adalah dilog dan dirakam di peringkat pusat.
7. Mohon dimaklumkan, mulai 1 Juali 2013, SPS adalah beroperasi sepenuhnya secara rasmi dan tidak boleh digunakan untuk tujuan mencuba, menuji sistem atau untuk tujuan latihan. Bagi tujuan ujian atau latihan, url SKBTP telah disediakan serta versi off-line SPS untuk dipasang dalam komputer individu telah diedarkan kepada semua melalui hantaran e-mel.
8. Dashboard pemantauan SPS akan diserahkan kepada semua pihak berkepentingan pada 1 Julai 2013.   

BTP dalam usaha melaksanakan inisiatif PPPM 43C - Sistem Pengurusan Sekolah telah menetapkan KPI berikut:
1. Aplikasi SPS sedia digunakan semua sekolah menjelang 30 Jun 2013
2. Aplikasi SPS mula digunakan secara rasmi semua sekolah KPM mulai 1 Julai 2013.
3. Pembangunan middleware akan berlula pada 1 Julai 2013
4. Middleware siap dibangunkan dan diuji kegunaannya mulai 1 Oktober 2013
5. Data sekolah (EMIS), data staf (EMIS/SMG) dan data murid (APDM/SMM) dapat dikutip dari SPS pada 31 Disember 2013.

Pelaksanaan SPS juga merupakan kunci kejayaan inisiatif PPPM 43A - Pengintegrasian Satu Data KPM yang diterajui pihak BPPDP (EPRD)

Makluman rasmi berhubung perkara di atas akan dibuat dalam masa terdekat.

Wassalam dan terima kasih.