Thursday, June 13, 2013

SPS PERLU PENERIMAAN TERBUKA


12 Jun 2013, Alor Gajah – Pembentangan mengenai Sistem Pengurusan Sekolah telah diberikan oleh Tuan Haji Haliza bin Mohd Adnan, Ketua Penolong Pengarah Sektor Pembangunan Aplikasi Bestari, Bahagian Teknologi Pendidikan. Antara perkara yang disampaikan termasuk pentingnya menyediakan mindset terbuka dalam penerimaan teknologi dalam pendidikan dalam semua aspek bagi melancarkan pembangunan pendidikan negara. Beliau juga menyuarakan pendapat tentang senario teknologi pendidikan tempatan berbanding negara-negara lain.
Bengkel juga telah menjemput Encik A. Rahim bin Othman daripada Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan Dasar Pendidikan untuk memberi taklimat mengenai pengintegrasian data SPS kepada aplikasi-aplikasi KPM sedia ada. Encik A. Rahim juga telah turut membantu dalam memberi penerangan lanjut tentang tentang perancangan pihak kementerian, untuk membantu pihak sekolah membuat persediaan yang sepatutnya.