Tuesday, January 10, 2012

PELAKSANAAN PROJEK PERKHIDMATAN RANGKAIAN 1BESTARINET

Dengan segala hormatnya saya telah diarahkan untuk merujuk kepada perkara di atas.

1. Sebagaiman pihak Tuan/Puan sedia maklum, Kementerian Pelajaran Malaysia telah melantik Syarikat YTL Communication Sdn.Bhd  untuk melaksanakan projek peningkatan perkhidmatan rangkaian 1BestariNet yang merangkumi pemasangan infrastruktur rangkaian internet dan juga aplikasi Virtual Learning Environment (VLE) meliputi 10,000 sekolah di seluruh negara.

2. Pelaksanaan projek ini akan mengambil masa 1 tahun 3 bulan yang akan dilaksanakan secara berfasa mulai daripada 7 Dis 2011 hingga 7 Mac 2013. Fasa pertama pelaksanaan projek ini akan melibatkan pemasangan infra rangkaian (WAN dan LAN) di 590 sekolah di negeri Selangor, Kual Lumpur, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor. Senarai sekolah Negeri Melaka di bawah PKG (08) Alor Gajah yang terlibat untuk fasa pertama adalah seperti berikut :-

1) MBD0063             SJK(T) Rumbia
2) MBA0034             SK Rumbia
3) MBB0042             SK Alor Gajah 1
4) MEE0075             SMK Dato' Dol Said