Tuesday, June 11, 2013

Status pemasangan 1BestariNet

Salam Sejahtera Tuan/Puan,

Dipanjangkan status pemasangan 1BestariNet di sekolah dan PKG sehingga 5 Jun 2013 daripada PMO untuk makluman dan tindakan pihak tuan/puan.

2. Pihak sekolah sekiranya ada sebarang masalah talian Internet perlu dilaporkan kepada Meja Bantuan ISP ( Contoh: aduan Meja Bantuan 1BestariNet - 018-7998787 / moesupport@ytlcomms.my , TM Helpdesk School Broadband (SBB) 1-800-227722 ) dan mendapatkan nombor log masalah/report no/trouble ticket number untuk direkod dalam buku log dan maklum kepada PKG untuk dipantau sehingga masalah tersebut selesai.

3. Manakala bagi jadual pemasangan 1BestariNet, sila hubungi bahagian pemasangan 1Bestarinet di talian 018-799 8771 atau emel moe.install@ytlcomms.my untuk pertanyaan mengenai status pemasangan.

4. Sebarang kemusykilan boleh emel kepada tisi@moe.edu.my untuk tindakan selanjutnya. Kerjasama dan sokongan pihak tuan/puan dalam perkara ini amat dihargai.

Sekian, terima kasih.

Status Laporan Pemasangan 1Bestarinet

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG) MOD PJJ AMBILAN TAHUN 2013

Program Pensiswazahan Guru (PPG)

Assalamualaikum, Salam Sejahtera, Salam 1Malaysia & Salam 1Bestarinet

Tuan/Puan,

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG) MOD PJJ AMBILAN TAHUN 2013

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

Bersama dengan emel ini dilampirkan butiran yang menerangkan maksud perkara di atas untuk makluman dan perkongsian kita bersama.

Sekian, terima kasih. 


Monday, June 10, 2013

MESYUARAT PENYELARASAN JAWATANKUASA PELAKSANA PERLUASAN PENGGUNAAN SISTEM PENGURUSAN SEKOLAH (SPS) SEKOLAH-SEKOLAH MELAKA 2013

Kepada:
Semua pegawai PKG Melaka

Tarikh   : 12 Jun 2013 (Selasa)
Masa    : 08.30am
Tempat : Bilik Mesyuarat, Tun Kudu BTPN Melaka.

Wednesday, March 20, 2013

Banner VLE Frog Asia


 Berikut adalah banner VLE Frog Asia berukuran 125 x 125 pixel untuk laman web anda. Sebagai rujukan URL laman web frog VLE anda boleh menggunakan rujukan laman web 1Bestari.net di http://1bestarinet.net/?page_id=741

 



Saturday, March 16, 2013

PEMBERITAHUAN PERUBAHAN WAKTU BERTUGAS JURUTEKNIK KOMPUTER (FT 17) PELAKSANAAN RINTIS PEMANTAPAN PROFESION GURU (PPG) DI MELAKA


Friday, March 15, 2013

PERHIMPUNAN RASMI BULAN MAC BAHAGIAN PENDIDIKAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN NEGERI MELAKA 2013