Thursday, August 29, 2013

Monday, August 26, 2013

BENGKEL KERJA PROMOSI PEMBANGUNAN LAMAN PEMBELAJARAN DALAM PERSEKITARAN PEMBELAJARAN MAYA (VLE) 2013

Pengetua/Guru Besar,

Tuan/Puan,

Dengan merujuk perkara di atas.

Tarikh : 27 hingga 30 Ogos 2013
Tempat : BTPN Negeri Johor, Jln. Hang Jebat, Taman Sekudai Baru, 81300 Johor Bahru.

Sekolah ahli terlibat:-

1. SK RUMBIA
2. SK DATO' NANING
3. SMK SERI PENGKALAN

Sekian.

LATIHAN PENGGUNAAN FROG VLE FASA 3 DI BAWAH PROJEK 1BESTARINET

Salam...

Tuan/Puan,

Merujuk surat yang telah dihantar kepada sekolah yang terlibat.

Latihan seperti di atas akan dijalankan pada ketetapan berikut:

Tarikh : 26 hingga 29 Ogos 2013
Hari : Isnin hingga Khamis
Masa : 2.00 hingga 5.00 petang
Tempat : PKG Alor Gajah

Kerjasama dan keperihatinan tuan/puan diucapkan ribuan terima kasih.

Sekian. Harap maklum.
Pembestarian Sekolah

Selamat Datang ke Dunia VLE

Friday, July 19, 2013

Sila klik link untuk akses maklumat. Semua JTK adalah bertanggungjawab mengisi data tersebut bagi setiap sekolah masing-masing. Kutipan adalah dari 22-26 Julai 2013. Sila pastikan kutipan adalah mengikut masa yang telah ditentukan. 
Sila gunakan link ' UJI KELAJUAN INTERNET ANDA DI SINI ' untuk ujian.
Terima kasih.

Isi Laporan speedtest di atas pada borang di bawah:

https://docs.google.com/spreadsheet/ccc?key=0AuwU2hj8qlHvdEItSnY4YURndnMwbnVacGlZNHJrQ0E&ndplr=1#gid=0 






Monday, July 08, 2013

"Pelaksanaan Penggunaan Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) KPM"

Assalamualaikum W.B.T
Salam Sejahtera

Tuan/Puan,

Saya diarah untuk menarik perhatian tuan/puan mengenai perkara di atas dan e-mel KS Pengurusan Aplikasi Pendidikan bertajuk "Pelaksanaan Penggunaan Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) KPM" bertarikh 24 Jun 2013 adalah berkaitan.

2.     Dimaklumkan bahawa mulai 1 Julai 2013, Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) mula digunakan secara rasmi di semua sekolah KPM yang melibatkan enam (6) modul teras. Sehingga 31 Disember 2013, data sekolah (EMIS), data staf (EMIS/SMG) dan data murid (APDM/SMM) akan dapat dikutip dari SPS.

3.    Sehubungan dengan pelaksanaan SPS ini, sekolah yang mempunyai masalah boleh membuat panggilan kepada talian bebas tol 1-800 xxxx (yang akan dimaklumkan nanti ke semua sekolah dan BTP serta rangkaiannya). Disebabkan talian masih belum tersedia, pihak kami menyediakan talian sementara untuk pihak sekolah membuat sebarang aduan ke Meja Bantuan SPS Aras 1 di BTP.

4.    Oleh itu, buat sementara waktu, pihak sekolah boleh membuat panggilan di pusat Meja Bantuan SPS Aras 1 (BTP) dengan menggunakan talian seperti berikut:

     1.  03-  2081 8113
     2.  03- 2081 8114
     3.  03- 2081 8115
     4.  03-  2081 8116
     5.  03- 2081 8117
     6.  03- 2081 8119

5.   Pihak sekolah juga boleh membuat aduan ke pusat Meja Bantuan BTP melalui e-mel di alamat seperti berikut:

      1.  sps.helpdesk@moe.edu.my
      2.  sps.helpdesk2013@gmail.com


7. 
   Sebarang pertanyaan mengenai perkara di atas, sila hubungi Sektor Pengurusan Aplikasi Pendidikan melalui e-emel ssms@moe.edu.my (UP: Tuan Haji Mohd Haliza)

Sekian, terima kasih.

Tuesday, July 02, 2013

UJIAN CAPAIAN INTERNET (SPEEDTEST) BAGI SEKOLAH YANG TELAH DIPASANG 1BESTARINET - MELAKA

Sila klik link untuk akses maklumat. Semua JTK adalah bertanggungjawab mengisi data tersebut bagi setiap sekolah masing-masing. Kutipan adalah dari 1-5 Julai 2013. Ketua PKG sila pastikan kutipan adalah mengikut masa yang telah ditentukan. 
Sila gunakan link ' UJI KELAJUAN INTERNET ANDA DI SINI ' untuk ujian.
Terima kasih.

Isi Laporan speedtest di atas pada borang di bawah:

UJIAN CAPAIAN INTERNET (SPEEDTEST) BAGI SEKOLAH YANG TELAH DIPASANG