Thursday, February 21, 2013

Program 'Online' Indeks Kualiti Pusat Sumber Sekolah
(iQPSS) Sekolah-Sekolah Negeri Melaka Tahun 2013


Salam 1 BestariNet sekolah-sekolah ahli PKG Alor Gajah, Penarafan Pusat Sumber 2013 (iQPSS) telah dibuka mulai  7 Januari 2013 sehingga 31 Mac 2013 dan diminta pihak sekolah ( mantan GPM/ Guru Nilam/ N17 AKP ) membantu mengisi penarafan Pusat Sumber sekolah masing-masing secara 'online' http://iqpss.tarantula.my/


Thursday, January 03, 2013

SELAMAT TAHUN BARU 2013

1. Selamat bertugas kembali kepada para pendidik amnya dan warga KPM khasnya.
2. Semoga tahun ini akan menjadi lebih cemerlang lagi kepada kita semua.

Kepada pihak sekolah, boleh melayari atau akses ke pautan berikut http://pembestarianict.wordpress.com/
untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang Aktiviti Pusat Kegiatan Guru Alor Gajah terkini.

Harap maklum. Sekian.



Wednesday, August 29, 2012

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

TAHNIAH kepada sekolah-sekolah yang telah menyiapkan pengisian SSQS 2012 dengan jayanya 100%.

PERHATIAN  kepada sekolah-sekolah yang belum mengambil tindakan terhadap pengisian SSQS 2012, sila mengambil tindakan dengan kadar SEGERA, untuk mengelakkan dari berlaku perkara yang tidak diingini (talian slow dan lain-lain lagi).


Thursday, August 16, 2012

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI


Thursday, August 02, 2012


TARIKH PENARAFAN SSQS 2012
Zon Sabah/ Sarawak / Wilayah Persekutuan Labuan/ Zon Utara 
Mula : 16 Julai 2012                Tamat : 17  Ogos 2012

Zon Tengah / Selatan/  Timur
Mula : 1 Ogos 2012              Tamat : 9  September 2012

Tuesday, July 10, 2012

ANALISA PERBEZAAN STAR RATING SSQS 
TAHUN 2009, 2010 DAN 2011 SEKOLAH AHLI


Monday, May 07, 2012

LAPORAN STATUS NILAM JAUHARI DAN RAKAN PEMBACA
 
Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia,


Sukacita dimaklumkan bahawa BTPN Melaka sedang mengumpul data Laporan Status Pelaksanaan Program NILAM Tahap Jauhari dan Rakan Pembaca Rendah dan Rakan Pembaca Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah Negeri Melaka sehingga 30 April 2012 untuk dianalisa melalui Pusat Kegiatan Guru (08) Alor Gajah.


Sehubungan dengan dengan itu, pihak tuan/puan perlu melengkapkan borang berkenaan dan menghantar kepada pihak kami dalam bentuk soft copy dan hard copy sebelum 15 Mei 2012


Segala kerjasama dan komitmen yang tuan/puan berikan amatlah dihargai. Sekian, terima kasih.