Thursday, June 13, 2013

PELAN TINDAKAN PELAKSANAAN PENGURUSAN SEKOLAH (SPS) SEKOLAH BESTARI


Klik di sini untuk Borang PELAN TINDAKAN PELAKSANAAN SPS

Kerjasama peserta Sekolah Bestari Luar Bandar menyediakan pelan tindakan penggunaan SPS di sekolah dengan menggunakan template di pautan di atas, sebaik sahaja Latihan atau bengkel telah dilaksanakan di peringkat sekolah.
Tatacara pengisian:-
  1. Klik File > Download As > Microsoft Word (.docx) - Borang akan dimuat turun.
  2. Masukkan nama dan kod sekolah di bahagian header.
  3. Lengkapkan bahagian berwarna kuning.
  4. Setelah lengkap, isikan tarikh di bahagian footer.
  5. Simpan (save) dan emel ke pkg_alor_gajah@moe.edu.my
Kerjasama tuan/puan dipohon untuk emel ke pkg_alor_gajah@moe.edu.my pada masa dan tarikh yang akan ditetapkan nanti.
Harap maklum.

SEKOLAH PENANDA ARAS

PENTADBIR DAN GURU BERKONGSI AMALAN TERBAIK

12 Jun 2013, Alor Gajah – Aktiviti bengkel pada hari ini adalah perkongsian amalan terbaik tentang penggunaan VLE dalam kalangan pentadbir dan guru-guru sekolah penanda aras bestari. Para peserta telah dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan yang berbeza bedasarkan peranan masing-masing sebagai pentadbir dan guru penyelaras bestari.
Berpandukan beberapa soalan-soalan penting, setiap kumpulan telah ditugaskan untuk membincangkan dan membuat pembentangan mengenai topik-topik yang secara dasarnya memupuk budaya penggunaan VLE di sekolah. Amalan terbaik yang dibentangkan oleh kumpulan-kumpulan tersebut menyediakan pandangan awal bagaimana budaya pengajaran dan pembelajaran secara maya dapat diterapkan di dalam persekitaran sekolah dan masyarakat.

SPS PERLU PENERIMAAN TERBUKA


12 Jun 2013, Alor Gajah – Pembentangan mengenai Sistem Pengurusan Sekolah telah diberikan oleh Tuan Haji Haliza bin Mohd Adnan, Ketua Penolong Pengarah Sektor Pembangunan Aplikasi Bestari, Bahagian Teknologi Pendidikan. Antara perkara yang disampaikan termasuk pentingnya menyediakan mindset terbuka dalam penerimaan teknologi dalam pendidikan dalam semua aspek bagi melancarkan pembangunan pendidikan negara. Beliau juga menyuarakan pendapat tentang senario teknologi pendidikan tempatan berbanding negara-negara lain.
Bengkel juga telah menjemput Encik A. Rahim bin Othman daripada Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan Dasar Pendidikan untuk memberi taklimat mengenai pengintegrasian data SPS kepada aplikasi-aplikasi KPM sedia ada. Encik A. Rahim juga telah turut membantu dalam memberi penerangan lanjut tentang tentang perancangan pihak kementerian, untuk membantu pihak sekolah membuat persediaan yang sepatutnya.


Wednesday, June 12, 2013

BENGKEL KERJA PENINGKATAN PENGGUNAAN VLE & SPS SEKOLAH PENANDA ARAS ZON SELATAN


Bengkel Kerja Peningkatan Penggunaan VLE & SPS diteruskan dengan kumpulan pentadbir dan guru-guru Sekolah Penanda Aras Pembestarian di Zon Selatan Semenanjung Malaysia, merangkumi Negeri Sembilan, Melaka, dan Johor.
Bengkel akan diadakan bermula 11 Jun sehingga 13 Jun untuk kohort 1 dan 23 Jun hingga 25 Jun bagi kohort 2, semuanya melibatkan guru-guru penolong kanan atau ketua-ketua bidang/panitia dan guru-guru penyelaras bestari / ICT dari sekolah-sekolah penanda aras bestari.
Antara aktiviti yang bakal dijalankan termasuk taklimat, dialog, dan aktiviti praktikal dalam penggunaan Sistem Pengurusan Sekolah dan Virtual Learning Environment(VLE).
BENGKEL KERJA PENINGKATAN PENGGUNAAN VLE DAN SPS SEKOLAH PENANDA ARAS ZON SELATAN
11 – 13 Jun 2013  |  A’Famosa Resort Hotel, Alor Gajah23 – 25 Jun 2013  |  Hotel Naza Talyya, Melaka 
Pautan :
  1. Jadual Bengkel
  2. Bahan Bengkel
  3. Borang Pelan Tindakan Pelaksanaan Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) Bestari
  4. Borang Maklumat Peserta  |  Papar Senarai Peserta Yang Telah Muat Naik Maklumat Peribadi
  5. Borang Penilaian Kursus
  6. Trivia Frog VLE
  7. Galeri Foto

Tuesday, June 11, 2013

Status pemasangan 1BestariNet

Salam Sejahtera Tuan/Puan,

Dipanjangkan status pemasangan 1BestariNet di sekolah dan PKG sehingga 5 Jun 2013 daripada PMO untuk makluman dan tindakan pihak tuan/puan.

2. Pihak sekolah sekiranya ada sebarang masalah talian Internet perlu dilaporkan kepada Meja Bantuan ISP ( Contoh: aduan Meja Bantuan 1BestariNet - 018-7998787 / moesupport@ytlcomms.my , TM Helpdesk School Broadband (SBB) 1-800-227722 ) dan mendapatkan nombor log masalah/report no/trouble ticket number untuk direkod dalam buku log dan maklum kepada PKG untuk dipantau sehingga masalah tersebut selesai.

3. Manakala bagi jadual pemasangan 1BestariNet, sila hubungi bahagian pemasangan 1Bestarinet di talian 018-799 8771 atau emel moe.install@ytlcomms.my untuk pertanyaan mengenai status pemasangan.

4. Sebarang kemusykilan boleh emel kepada tisi@moe.edu.my untuk tindakan selanjutnya. Kerjasama dan sokongan pihak tuan/puan dalam perkara ini amat dihargai.

Sekian, terima kasih.

Status Laporan Pemasangan 1Bestarinet

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG) MOD PJJ AMBILAN TAHUN 2013

Program Pensiswazahan Guru (PPG)

Assalamualaikum, Salam Sejahtera, Salam 1Malaysia & Salam 1Bestarinet

Tuan/Puan,

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG) MOD PJJ AMBILAN TAHUN 2013

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

Bersama dengan emel ini dilampirkan butiran yang menerangkan maksud perkara di atas untuk makluman dan perkongsian kita bersama.

Sekian, terima kasih. 


Monday, June 10, 2013

MESYUARAT PENYELARASAN JAWATANKUASA PELAKSANA PERLUASAN PENGGUNAAN SISTEM PENGURUSAN SEKOLAH (SPS) SEKOLAH-SEKOLAH MELAKA 2013

Kepada:
Semua pegawai PKG Melaka

Tarikh   : 12 Jun 2013 (Selasa)
Masa    : 08.30am
Tempat : Bilik Mesyuarat, Tun Kudu BTPN Melaka.